Selamat membaca!

Tuesday, September 8, 2009

Review: MAJLIS PERSARAAN PENGETUA CEMERLANG


Majlis Persaraan Pengetua Cemerlang Pn. Hjh. Khuzaimah bt Hj. Sulaiman telah diadakan pada 8 Mac 2007 yang lalu. Majlis ini diadakan sempena persaraan wajib Pengetua pada 14 Mac 2007 ini. Majlis diadakan lebih awal berikutan cuti sekolah yang berlangsung pada 10-18 Mac nanti. Pengetua diarak menaiki kereta antik menuju ke Dewan Seri Bestari dengan paluan kompang. Sebelum majlis bermula Ustaz Amirahman membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pelajar, staf sokongan, guru, pentadbir, YDP PIBG dan seterusnya ucapan yang diraikan. Suasana hiba dapat dirasakan apabila Pengetua memberikan ucapan dengan menceritakan kisah dan pengalaman pahit manis beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai pendidik. Kemudian persembahan multimedia menayangkan gambar-gambar kenangan beliau bermula seawal pendidikan di bangku sekolah rendah hingga perkhidmatan terakhir di SMAP Labu. Pasukan Nasyid Soutul Jihad juga menyampaikan lagu khas buat beliau. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu 'Doa Perpisahan' secara beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan doa. Warga SMAP mengucapkan Selamat Bersara kepada Pn. Pengetua dan semoga beliau terus berjaya di dunia dan di akhirat. 

Diambil dari http://smaplabu.edu.my/

Bagi aku Ustzh khuzaimah ni tak la annoying macam pengetua sebelum dia. ok kot. memory buruk pasal beliau pun macam tak de je.. haha.
Aku saje je review balik cikgu-cikgu kita. ada yang dah kawin, ada yang berpindah, and ada yang pencen. Nanti aku update k.

majlis berbuka puasa DOUBLE8

-assalamualaikum-

semalam diadakan majlis berbuka puasa untuk warga double8 di NANDO'S KLCC..even x ramai yg dpt dtg,tp ok la tuh sebagai permulaan..hope lebih banyak aktiviti mcm nih diadakan in the future..tp memang dpt rase la yg semua mcm segan2,malu2 lagi sbb da lame sgt da x jmpe..mostly jumpe each other after 4 years,since kuar smap dulu..wutever it is,credits to cik zakirah as cik organiser..len kali kite wat lg ek n make sure ramai yg bole dtg..kene plan elok2 kot sbb yg ni pon agak laz minute kan..tp pape pon,laz nite was great~thanks a lot pals~

ni adalah sebahagian warga double8 yg dpt hadirkan diri








-menu buka puasa kami-

okeh,till then..hope dpt jumpe korg lg nx time~ 


Diambil dari blog jannah : http://zahrah-aljannah.blogspot.com/2009/09/majlis-berbuka-puasa-double8.html


*Dalam gambar, ramai jugak orang yang lama aku tak jumpa.. erm hope untuk program raya ada orang nak jadi organizer. :)

Monday, September 7, 2009

1st site survey; teluk gorek, mersing, johor. part 1.



"kemudahan yang disediakan dan harga :-
Chalet aircond                              RM100.00 semalam
Dorm aircond ( 90 orang )           RM20.00 semalam
Sewa khemah                               RM10.00 semalam
Sewa tapak perkhemahan            RM5.00 semalam
Karaoke                                       RM200.00 sehari
Jungle tracking Gunung Arung   RM30.00 seorang - minimum 30 orang
Bot memancing                            RM30.00 seorang


Pakej 2 hari 1 malam ( minima 40 orang )
Pakej 1 - Dorm aircond RM45.00 seorang / Khemah RM35.00 seorang
               1 kali minum petang, makan malam, sarapan & makan tengahari
               Jungle tracking

Pakej 2 - Dorm aircond RM50.00 seorang/ Khemah RM40.00 seorang
               1 kali minum petang, makan malam, minum malam, sarapan,
               minum pagi & makan tegahari
               Jungle tracking


Kemudahan dan aktiviti disediakan - percuma
surau, dewan, bilik air dan mandi, wakaf rehat & memasak, futsal pantai, bolatampar pantai, pukat pantai, mencari kepah, memancing dan macam2...

Harga makanan seorang :
Sarapan pagi - mee/beehoon/kueyteaw/nasi lemak/nasi goreng/lontong+telur+keropok+teh/kopi    RM 3.00
Makan tengahari - nasi putih+ayam/daging+sayur+sambal belacan+ulam+buah+air  RM 6.00
Minum petang - 2 jenis kuih+teh O/ kopi O  RM 2.00
Makan malam - nasi putih+ikan+sayur+sambal belacan+ulam+buah+air RM 6.00
Minum malam - bubur kacang/jagung/pengat+teh O / kopiO RM 2.00
BBQ - nasi goreng+sayur campur+ikan+sosej+buah+air   RM10.00
BBQ - nasi goreng+sayur campur+ikan+ayam+sosej+buah+ air RM15.00
BBQ - nasi goreng+sayur campur+ikan+ayam+sotong+sosej+buah+air RM20.00
BBQ - nasi goreng+sayur campur+ikan+ayam+sotong+udang+sosej+buah+air  RM25.00"


 diambil dari http://hasimlynx.vox.com/library/post/teluk-gorek-chalet-camp-site.html

5-6 September lepas aku ada pegi tempat seperti yg tertera untuk hiking kt gunung arong dekat-dekat situ. ktorng buat campsite kat tempat ni la. aku da pegi tempat ni 3 kali dan ak rasa agak sesuai untuk kita buat reunion kat sini. view agak superb, pantai boleh mandi, tandas, surau dan tempat tidur sangat proper. so, alang-alang aku pegi aritu aku da survey apa-apa yang patut la. so apa pendapat korang?



*semua gambar di atas ak ambil dari web tu. yang latest nnt aku update kemudian k. terima kasih :)


Friday, September 4, 2009

Bacathon?

"Pada 24 dan 25 Julai lalu Pusat Sumber Sekolah SMAP Labu telah mengadakan program NILAM iaitu Bacathon bagi pelajar-pelajar terpilih tingkatan 1, 2 dan 4. Pelajar dikehendaki membaca buku yang disediakan selama 24 jam bermula jam 12 tengah hari 24hb hingga 12 tengah hari keesokannya. Semua pelajar putera membaca di UTP manakala pelajar puteri di perpustakaan. Program ini telah dapat menggalakkan para pelajar untuk lebih minat membaca."
1st time aku dengar bacathon. macam kelakar plak. haha. Actually tiba-tiba rasa nak tengok web sekolah dan aktiviti yang ada. Bacathon ni macam menarik.Aku rasa program paling menarik di SMAP... Tai chi. haha. :D

Wednesday, September 2, 2009

banner?

Salam. Saya sedang mencari banner yang sesuai untuk blog ini. kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang. sila hubungi saya. syazwan, iqlima, zakirah. saya rasa kamu semua hebat. : )

Salam!

Selamat datang. Saya sedang mencari blogger untuk blog ini dan ajk untuk reunion akan datang. sesiapa yang berminat. boleh tinggalkan komen di sini atau hubungi saya. terima kasih.
 

Double8-Towards A Reunion Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez