Tuesday, September 8, 2009

Review: MAJLIS PERSARAAN PENGETUA CEMERLANG


Majlis Persaraan Pengetua Cemerlang Pn. Hjh. Khuzaimah bt Hj. Sulaiman telah diadakan pada 8 Mac 2007 yang lalu. Majlis ini diadakan sempena persaraan wajib Pengetua pada 14 Mac 2007 ini. Majlis diadakan lebih awal berikutan cuti sekolah yang berlangsung pada 10-18 Mac nanti. Pengetua diarak menaiki kereta antik menuju ke Dewan Seri Bestari dengan paluan kompang. Sebelum majlis bermula Ustaz Amirahman membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pelajar, staf sokongan, guru, pentadbir, YDP PIBG dan seterusnya ucapan yang diraikan. Suasana hiba dapat dirasakan apabila Pengetua memberikan ucapan dengan menceritakan kisah dan pengalaman pahit manis beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai pendidik. Kemudian persembahan multimedia menayangkan gambar-gambar kenangan beliau bermula seawal pendidikan di bangku sekolah rendah hingga perkhidmatan terakhir di SMAP Labu. Pasukan Nasyid Soutul Jihad juga menyampaikan lagu khas buat beliau. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu 'Doa Perpisahan' secara beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan doa. Warga SMAP mengucapkan Selamat Bersara kepada Pn. Pengetua dan semoga beliau terus berjaya di dunia dan di akhirat. 

Diambil dari http://smaplabu.edu.my/

Bagi aku Ustzh khuzaimah ni tak la annoying macam pengetua sebelum dia. ok kot. memory buruk pasal beliau pun macam tak de je.. haha.
Aku saje je review balik cikgu-cikgu kita. ada yang dah kawin, ada yang berpindah, and ada yang pencen. Nanti aku update k.

2 comments:

syvzwvn said...

Saye suke endut!yeay!endut for life!yeay!FML.

iHsan@limi said...

~miss him?hehe..

 

Double8-Towards A Reunion Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez