Selamat membaca!

Tuesday, September 15, 2009

Satu cerita. Part 1

Di kala melihat semua orang sibuk pulang ke kampung halaman, teringat aku satu kisah yang masih segar dalam ingatan.

Sekumpulan remaja sekolah menengah terkinja-kinja usha line untuk memastikan mereka tidak diperhatikan. Pulang  awal ke kampung menjadi aktiviti mereka pada kali ini. Masing-masing dengan beg yang sarat dengan pakaian untuk dibawa pulang. Ada sahabat mereka yang kelihatan membawa beg yang memuatkan tuan empunya diri ada juga dengan beg troli dan beg sandang sahaja.

Berjalan, berhenti, berjalan laju sehingga ke padang di depan dewan sekolah. Suasana yang gelap gelita menerbitkan suasana yang seram dengan cerita-cerita hantu yang berlaku di dalam dewan sekolah. Masing-masing memberhentikan langkah tatkala hendak melalui jalan di tepi dewan itu. Seorang sahabat buat-buat berani supaya tidak melengahkan masa dengan memulakan langkah. Pabila terdengar bunyi objek jatuh, berlari tercungap-cungap mereka tanpa pandang ke belakang terus ke tepi pagar sekolah. Sedangkan hanyalah seekor kucing yang kelihatan menjatuhkan dulang berdekatan dengan kantin sekolah.

Mereka masih dalam keadaan bersemangat dan bertenaga walaupun kelihatan beberapa orang yang masih tercungap-cungap. Sekarang, mereka perlu lompat sebuah longkang yang agak lebar. "Korang, hati-hati weh. gelap ni, jangan salah lompat plak", kedengaran suara seorang sahabat memberi amaran. Dua orang sudah melepasi. longkang tersebut. Sampai giliran seorang sahabat yang kelihatan kurang yakin untuk lompat dengan beg troli di tangan. "weh, ko boleh lompat tak ni", tanya kawan yang sudah di seberang."Boleh-boleh", jawabnya dengan yakin. Beberapa pasang mata khusyuk melihat sahabat mereka yang sedikit lambat ini. Kawan mereka ini memulakan lompatan dengan beg memegang di tangan kirinya. Keadaan pada malam itu seperti berlaku sangat perlahan. Lompatan kawan mereka ini dapat dilihat dengan jelas di bawah sinaran bulan. Kebush! Sahabat ini tidak berjaya melepasi oleh kerana beg yang mungkin lebih berat darinya. longkang pada malam itu terdapat air yang mengalir perlahan dengan bau-bau yang sama dari dewan makan sekolah. kelihatan sahabat ini tersenyum memandang kawan-kawan di atas sedangkan mereka belum melepasi pintu pagar sekolah lagi!

"Eh ko ok tak? kaki sakit tak", laju soalan diajukan. "ok ok. air busuk dow." lega hati rakan-rakan mendengar sahabat mereka tidak berlaku apa-apa. kawan mereka yang sedikit basah di kaki beserta begnya ditolong mendaki longkang itu. Masing-masing membisik kecil bertanya mahu meneruskan perjalanan atau pulang ke asrama dek kerana rakan mereka yang busuk ini. "So, kite nak terus ke tak ni? Sorang da basah.", seorang rakan yang kelihatan seperti ketua delegasi mengajukan soalan. Masing-masing diam membisu sambil memikirkan pro dan kontra kerja gila mereka ini. Bunyi-bunyi cengkerik mengatasi nafas mereka yang penat."Terus je lah! ak ok.", tiba-tiba si basah bersuara. terkejut rakan-rakan lain yang baru ingin memberi idea untuk si dia pulang dulu ke asrama.

Bersambung :)
 

Double8-Towards A Reunion Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez