Selamat membaca!

Wednesday, September 23, 2009

open house baik punyer!!!!

saya sebagai wakil ingin menjemput SAHABAT-SAHABAT ke rumah terbuka saudara nazif nor rahim pada 25 september 2009m, 06 syawal 1430h bermula jam 8 malam bertempat di 945, lorong lavender 27/1, lavender heights, senawang, negeri sembilan.


p/ass:acara karoke dan pool(especially utk SYZWN) selepas itu.
p/p/ass:untuk keterangan lanjut,hubungi ajib di 0136652398.

Tuesday, September 22, 2009

Entry di Hari Raya ke-3.

Di hari raya yang bosan ini. mari kita tengok satu gambar.


Arnab ni masih bertampal di almari buruk kt umah aku. tak tau kenapa tak de orang nak tanggalkan. maybe sebab masih cantik kot. haha. tak silap aku ni idea dari izzati.aha. ini adalah jadual bertugas kelas 5 merah 2005. sekian.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.



Program Hari Raya Double8 sila rujuk di sini: http://www.facebook.com/topic.php?uid=42228400674&topic=9894

*gambar lelaki belakang tu tiada kena mengena dengan sesiapa.

Saturday, September 19, 2009

Review: majlis perkahwinan cg. enny pada 29 mac 2008


SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU ENNY



Diambil dari: http://smaplabu.edu.my/

Bila bacth kita blah. ramai plak yg da kahwin. haish. kenape la gtu.

Thursday, September 17, 2009

Kisah Di Subuh Hari

Nukilan dari hati si sunyi, gundah gulana di malam hari. Tidurku tak keruan,sedarku tak bersinar. Bukannya sukar melafazkan kalimah cin... “Bai..bangun,Zulkep kat sebelah”. Suara halus juara Silat Malaysia menyedarkan aku dari mimpi Gay aku tu. Tak ganas langsung mimpi pasal cintan cintun. Apa barang. Tak true la, kata metalhead.

Sayup kedengaran suara Ketua Kumpulan Gagak Hitam ,mempunya kebolehan melompat pagar setinggi 5 meter, atau nama timangannya “Si Mulut Manis”, selepas kegebangan dia konon nak bawak student pergi Sarawak time form 2 dulu. Pedulikan. Bukan masa nak imbau kenangan lampau. Sambar gayung berisi alatan mensucikan diri ku jengah ke luar pintu bilik terbersih untuk 2 tahun. Bukan nak riak, tapi memang best dapat pergi Genting bila ada orang payung . Bilik lain menang pun paling jauh dapat pegi dusun, apa kes. Ternyata bilik mereka bersih tahap dusun je.

Selipar biru hot market cantik tersepit di belakang rak kasut.ku tarik perlahan.”BABI!..sebelah je ade?”bentak ku dalam hati. Usha bilik sebelah, ada selipar asadi warna biru, konon-konon tak jatuh bila pergi tandas. “kalau reti eja A B C..mesti tau A S A D I..ASADI!!”..tibe-tibe je iklan haram tu muncul.

Mula dengan langkah kanan,kalimah Maha Pencipta ku lafazkan. Semoga perjalanan ke tandas takkan ada halangan. Ye la, mana tau tiba-tiba tuan punya selipar tu jerit mintak selipar kan. Pegi mampos, taknak kasi orang pinjam pegi simpan bawah bantal ar.

Tandas da penuh. Yang gosok gigi, yang gosok mata, yang gosok hidung, tak lupa yang sedang khusyuk menggoreng, suma ada dalam tu. Satu pili air kelihatan suci tanda masih tiada orang yang guna. Berus gigi putih biru ku keluarkan dari gayung tanpa menoleh siapa kat sebelah selamba badak je rembat ubat gigi dia. Kata kawan-kawan, takkan nak berkira kan?.

Sambil khusyuk menggosok struktur kukuh di dalam mulut munggil aku, kedengaran suara si Polan memanggil si Palan. “Weh..ko ada shower foam tak?”soal si Polan. Bergegas si Palan masuk semula ke dalam. Selang beberapa saat, dia keluar dengan muka takde perasaan dia tu. “Tak boleh cabut ar!!”

Ahli jemaah ‘penggosok struktur kukuh dalam mulut’ kebingungan. “takleh cabut?”soal dalam hati masing2. Si Polan lontarkan soalan bernilai 500hengget kat si Palan. “huh?takleh cabut?amende yang takleh cabut?” sambil dia menggaru..errr...garu kepala. Pantas si Palan menjawab “Ni ha..shower foam ni ha..takleh cabut!ketat!”.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



3 saat yang sunyi............. .



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA..AKU MINTAK SHOWER FOAM AA!! BUKAN KEPALA SHOWER TU!!”


Pagi itu dalam kelas, topik Shower Foam lebih hangat dari kes Khir Toyo kasi penyapu kat kakitangan awam. Liputan meluas mengalahkan liputan Imam Kahar. Ternyata satu fenomena. Baru ku tahu, selama ni dia mandi tak pakai sabun, pakai kepala shower tu je gosok kat badan.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, September 16, 2009

Review: Guru-guru yang berpindah pada 2008

PERPINDAHAN DAN KEDATANGAN GURU-GURU BARU
Pada tahun 2008 menyaksikan perpindahan beberapa orang guru. Antaranya En. Khaliluddin berpindah ke Selangor, En. Mohd Saidi ke Kelantan, Cik Hjh. Latifah dan Cik Hjh. Rasidah melanjutkan pelajaran manakala Pn. Hanani mengikut suami melanjutkan pelajaran ke luar negara. Warga SMAP Labu mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru antaranya ialah En. Mat Yusof b. Abd. Rahman(PK HEM), Cik Hjh. Halidah bt Md Yunus(Sains & Matematik) dan Pn. Che Razimah bt Embong(Bahasa Arab).

Diambil dari: www.smaplabu.edu.my

lagi guru yang berpindah. ntah berapa sangat la yang tinggal. hurm. 

Tuesday, September 15, 2009

Satu cerita. Part 1

Di kala melihat semua orang sibuk pulang ke kampung halaman, teringat aku satu kisah yang masih segar dalam ingatan.

Sekumpulan remaja sekolah menengah terkinja-kinja usha line untuk memastikan mereka tidak diperhatikan. Pulang  awal ke kampung menjadi aktiviti mereka pada kali ini. Masing-masing dengan beg yang sarat dengan pakaian untuk dibawa pulang. Ada sahabat mereka yang kelihatan membawa beg yang memuatkan tuan empunya diri ada juga dengan beg troli dan beg sandang sahaja.

Berjalan, berhenti, berjalan laju sehingga ke padang di depan dewan sekolah. Suasana yang gelap gelita menerbitkan suasana yang seram dengan cerita-cerita hantu yang berlaku di dalam dewan sekolah. Masing-masing memberhentikan langkah tatkala hendak melalui jalan di tepi dewan itu. Seorang sahabat buat-buat berani supaya tidak melengahkan masa dengan memulakan langkah. Pabila terdengar bunyi objek jatuh, berlari tercungap-cungap mereka tanpa pandang ke belakang terus ke tepi pagar sekolah. Sedangkan hanyalah seekor kucing yang kelihatan menjatuhkan dulang berdekatan dengan kantin sekolah.

Mereka masih dalam keadaan bersemangat dan bertenaga walaupun kelihatan beberapa orang yang masih tercungap-cungap. Sekarang, mereka perlu lompat sebuah longkang yang agak lebar. "Korang, hati-hati weh. gelap ni, jangan salah lompat plak", kedengaran suara seorang sahabat memberi amaran. Dua orang sudah melepasi. longkang tersebut. Sampai giliran seorang sahabat yang kelihatan kurang yakin untuk lompat dengan beg troli di tangan. "weh, ko boleh lompat tak ni", tanya kawan yang sudah di seberang."Boleh-boleh", jawabnya dengan yakin. Beberapa pasang mata khusyuk melihat sahabat mereka yang sedikit lambat ini. Kawan mereka ini memulakan lompatan dengan beg memegang di tangan kirinya. Keadaan pada malam itu seperti berlaku sangat perlahan. Lompatan kawan mereka ini dapat dilihat dengan jelas di bawah sinaran bulan. Kebush! Sahabat ini tidak berjaya melepasi oleh kerana beg yang mungkin lebih berat darinya. longkang pada malam itu terdapat air yang mengalir perlahan dengan bau-bau yang sama dari dewan makan sekolah. kelihatan sahabat ini tersenyum memandang kawan-kawan di atas sedangkan mereka belum melepasi pintu pagar sekolah lagi!

"Eh ko ok tak? kaki sakit tak", laju soalan diajukan. "ok ok. air busuk dow." lega hati rakan-rakan mendengar sahabat mereka tidak berlaku apa-apa. kawan mereka yang sedikit basah di kaki beserta begnya ditolong mendaki longkang itu. Masing-masing membisik kecil bertanya mahu meneruskan perjalanan atau pulang ke asrama dek kerana rakan mereka yang busuk ini. "So, kite nak terus ke tak ni? Sorang da basah.", seorang rakan yang kelihatan seperti ketua delegasi mengajukan soalan. Masing-masing diam membisu sambil memikirkan pro dan kontra kerja gila mereka ini. Bunyi-bunyi cengkerik mengatasi nafas mereka yang penat."Terus je lah! ak ok.", tiba-tiba si basah bersuara. terkejut rakan-rakan lain yang baru ingin memberi idea untuk si dia pulang dulu ke asrama.

Bersambung :)

Monday, September 14, 2009

Review: Pn Ramiaida berpindah pada 6 Nov 2007

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU 2007









Jamuan akhir tahun kelab guru pada tahun ini telah diadakan di Hotel Allson Klana Seremban pada 6 November 2007 lalu. Di samping mengadakan jamuan pihak kelab guru juga meraikan guru-guru yang berpindah seperti Pn. Hjh. Zainun, Pn. Ramiaida dan En. Roslan. Antara aktiviti yang diadakan ialah cabutan bertuah, kuiz, cari barang misteri, jigsaw puzzle dan hadiah penghargaan kepada guru-guru.

Diambil dari  http://smaplabu.edu.my/


Macam biasa, 3 perkara aku masih ingat:
1) Beliau cantik. :D
2) cikgu kesayangan aizat.
3) anak-anak dia pun comel.

ape la yang penting2 ak ingat kan. haha

Sunday, September 13, 2009

Review: SELAMAT PENGANTIN BARU SENSEI MAZUIN pada 19 Ogos 2007


SELAMAT PENGANTIN BARU SENSEI MAZUIN...

Pn. Hjh. Mazuin telah selamat diijabkabulkan dengan Tn. Hj. Dimyati pada 19 Ogos baru-baru ini. Majlis akad nikah diadakan di Masjid Kariah Paroi Jaya. Hjh. Mazuin adalah guru Bahasa Jepun di SMAP Labu. Warga SMAP mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal hingga ke akhir hayat.


Diambil dari: http://smaplabu.edu.my/

Alhamdulillah. Sampai juga jodohnya. padan plak tu. :)

3 perkara tentang sensei:
1) warden puteri.
2) suaranya kuat.
3) msetila dia mengajar jepun. haha.


Friday, September 11, 2009

Review: Perpindahan En.Zulkepli pada 15 Jun 07


PERPISAHAN EN. ZULKEPLI












Tarikh 15 Jun 07 tempoh hari adalah hari terakhir En. Zulkepli Yusoff di SMAP Labu. Suasana mendung pada tempoh hari seakan-akan meratapi pemergian Cikgu Zul yang akan bertugas di SBPI Kubang Pasu, Kedah. Cikgu Zul banyak menyumbangkan bakti sebagai setiausaha warden, penyelaras kokurikulum, di samping menjadi orang penting bahagian protokol sekolah. Jasa Cikgu Zul akan sentiasa dikenang oleh warga SMAP Labu. 


Diambil dari http://smaplabu.edu.my/

Aku tersenyum je tengok post ni. haha. Aku teringat masa f5 dulu hampir kantoi beramai-ramai tak turun pegi mana ntah. masa tu ada lebih kurang 4 orang dalam tempat amik wudhu sebelah toilet tu. berdiri belakang penghalang dinding dengan sape ntah aku tak ingat. berdebar gila jantung. nasib baik dia tak masuk dalam. buka pintu tempat wudhu tu, berdiri jap, then die blah. fuh! selamat. haha.

Papepun, terima kasih cikgu kerana pernah mengajar saya. :)

Thursday, September 10, 2009

Review: Perpindahan En. Roslan pada 1 Jun 2008


PERPINDAHAN GURU

Untuk makluman semua En. Roslan bin Mohd Zainal telah berpindah ke SMKA Pedas manakala Pn. Hjh. Zainun bt Abdullah Penolong Kanan SMAP Labu telah dinaikkan pangkat menjadi Pengetua di SBPI Jempol bermula 1 Jun 2008. Warga SMAPL mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan bagi kecemerlangan SMAP Labu. SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU...


Diambil dari http://smaplabu.edu.my/

Sudah tiada En. Roslan di SMAPL. hurm.
3 perkara aku tau tentang En. Roslan
1) Ada pertalian darah dengan Iskandar
2) Beliau ajar Gerografi kan?
3) Guna kereta naza citra. yaka?

hope btol semua. haha.

*Next post best. nantikannya!

Wednesday, September 9, 2009

Review: Walimatulurus Izamil & Aqilah

~Khairul Izamil & Nur Aqilah~ part II

salam alayk..
yeah, here comes part II
pg2 sabtu tu, sy da bertlk dr UM pkul 6.45, jln kaki ke stsn U utk ke KL cntrl..
sy, zaim & afiq da janji nk meet kat sane pkul 7am,
but, bila da smpi KL cntrl, zaim msg yg diorg xbertlk lg..adeh~
geram btul, da la diorg naek moto, kite kne jln kaki, kne tunggu diorg plak..iskh! :P

after dat, kitorg bertolak ke batang benar utk meet ngn driver, al-ashraf, aka acap, yg bwk unser.. kat sane gak jumpe ngn raiz..

then, kitorg stop kat R&R seremban utk tnggu the rest of our konvoi clan..


arina, atuld & fariz-saga baru
auni, pa'ah & halim yahya-myvi
bujid & syafiq-wira aerobec
zamir & awi-mercedes lama, heh
azri, biha, mar-kembara

bertolak dr KL, ke melaka cntral utk jemput kwn2 dr sane,
pah, mais & zuimi,
then ade pak-chan, ehsan majid, hazrul aizat, alan, juwei dll. (xingt da sape..huu)

sementara tnggu di melaka
kami tiba di muar dlm pkul 1pm..
1.30pm, izamil berarak dgn isteri tercinta, nur aqilah.. sweet2~
izamil malu2, & cuak tiba2 nmpk rmi skolmate die menjelma dpn mata..huu
majlis ni serentak dgn walimah abgnye jua..

seriusly secocok..aqilah sgt sweet & manis!


sewaktu makan berdamai...



walau lmbt lg naek pelamin, kami xkn lepaskn peluang bergmbr disini.. excited tgk kwn naek, nk naek jgk..huu








sempat lg posing dgn adik cute ini.. anak sape xtau la..huu


putra SMAPL yg sempat dtg..




& kami~


bersama mempelai...masa ni, tudung aqilah xbtul, then, bleh plk izamil g btulkn..wahhh...jeles2..haha


me & ecah (tudung biru), best buddy in matrix

ahaa, mmg seronok g walimah ni, sbb mcm reunion pn ade..
tahniah wat izamil & aqilah, kamu tlh menyempurnakan sparuh dr agamamu..
moga kalian dpt membina baitul muslim dibwh naungan Ilahi, serta membawa cintamu hingga ke syurga...
amin..


p/s: click for bigger pic..tq~



Diambil dari http://jauhtapidekat.blogspot.com/2009/08/khairul-izamil-nur-aqilah-part-ii.html


 Aku terfikir gak siapa la batch kita yang akan kahwin dulu. Skali Izamil. haha. papepun tahniah diucapkan.
So next sape eh? :)

review: SELAMAT DATANG PUAN HAJJAH RADZIAH PENGETUA BARU...


















Pada tarikh 16 April 2007 SMAP Labu menempa sejarah sekali lagi apabila menerima kehadiran Pengetua perempuan yang ke-2. Berikut adalah biodata beliau :
Nama : Pn. Hjh. Radziah bt Abdul Samad
Sekolah Lama : SMK Agama Limbang Sarawak (1.12.2001-15.4.2007)
Tarikh Lahir : 3 Disember 1957
Tarikh Lantikan Pertama : 1 Jun 1981
Gred Jawatan : DG48
Kelulusan Akademik :
1. Diploma Pendidikan (1981)
2. Sarjanamuda Pengajian Islam (Kepujian) (1981)
3. Sarjana Pendidikan (1996)
Persatuan Yang Disertai :
1. ALUMNI Fakulti PengajianIslam UKM
2. ALUMNI Fakulti Pendidikan UM
3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
4. Majlis Pengetua SMKA Malaysia
5. Persatuan Pengetua Sek. Men. Sarawak Zon Limbang

Seluruh warga SMAP Labu mengucapkan 'SELAMAT DATANG' dan 'SELAMAT BERTUGAS'
kepada Puan Pengetua.

Dialmbil dari http://smaplabu.edu.my/

Owh.. ni rupanya pengetua sekarang. :D. hope beliau dapat meneruskan kecemerlangan sekolah.
Insyaallah.

Tuesday, September 8, 2009

Review: MAJLIS PERSARAAN PENGETUA CEMERLANG


Majlis Persaraan Pengetua Cemerlang Pn. Hjh. Khuzaimah bt Hj. Sulaiman telah diadakan pada 8 Mac 2007 yang lalu. Majlis ini diadakan sempena persaraan wajib Pengetua pada 14 Mac 2007 ini. Majlis diadakan lebih awal berikutan cuti sekolah yang berlangsung pada 10-18 Mac nanti. Pengetua diarak menaiki kereta antik menuju ke Dewan Seri Bestari dengan paluan kompang. Sebelum majlis bermula Ustaz Amirahman membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pelajar, staf sokongan, guru, pentadbir, YDP PIBG dan seterusnya ucapan yang diraikan. Suasana hiba dapat dirasakan apabila Pengetua memberikan ucapan dengan menceritakan kisah dan pengalaman pahit manis beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai pendidik. Kemudian persembahan multimedia menayangkan gambar-gambar kenangan beliau bermula seawal pendidikan di bangku sekolah rendah hingga perkhidmatan terakhir di SMAP Labu. Pasukan Nasyid Soutul Jihad juga menyampaikan lagu khas buat beliau. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu 'Doa Perpisahan' secara beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan doa. Warga SMAP mengucapkan Selamat Bersara kepada Pn. Pengetua dan semoga beliau terus berjaya di dunia dan di akhirat. 

Diambil dari http://smaplabu.edu.my/

Bagi aku Ustzh khuzaimah ni tak la annoying macam pengetua sebelum dia. ok kot. memory buruk pasal beliau pun macam tak de je.. haha.
Aku saje je review balik cikgu-cikgu kita. ada yang dah kawin, ada yang berpindah, and ada yang pencen. Nanti aku update k.

majlis berbuka puasa DOUBLE8

-assalamualaikum-

semalam diadakan majlis berbuka puasa untuk warga double8 di NANDO'S KLCC..even x ramai yg dpt dtg,tp ok la tuh sebagai permulaan..hope lebih banyak aktiviti mcm nih diadakan in the future..tp memang dpt rase la yg semua mcm segan2,malu2 lagi sbb da lame sgt da x jmpe..mostly jumpe each other after 4 years,since kuar smap dulu..wutever it is,credits to cik zakirah as cik organiser..len kali kite wat lg ek n make sure ramai yg bole dtg..kene plan elok2 kot sbb yg ni pon agak laz minute kan..tp pape pon,laz nite was great~thanks a lot pals~

ni adalah sebahagian warga double8 yg dpt hadirkan diri








-menu buka puasa kami-

okeh,till then..hope dpt jumpe korg lg nx time~ 


Diambil dari blog jannah : http://zahrah-aljannah.blogspot.com/2009/09/majlis-berbuka-puasa-double8.html


*Dalam gambar, ramai jugak orang yang lama aku tak jumpa.. erm hope untuk program raya ada orang nak jadi organizer. :)

Monday, September 7, 2009

1st site survey; teluk gorek, mersing, johor. part 1.



"kemudahan yang disediakan dan harga :-
Chalet aircond                              RM100.00 semalam
Dorm aircond ( 90 orang )           RM20.00 semalam
Sewa khemah                               RM10.00 semalam
Sewa tapak perkhemahan            RM5.00 semalam
Karaoke                                       RM200.00 sehari
Jungle tracking Gunung Arung   RM30.00 seorang - minimum 30 orang
Bot memancing                            RM30.00 seorang


Pakej 2 hari 1 malam ( minima 40 orang )
Pakej 1 - Dorm aircond RM45.00 seorang / Khemah RM35.00 seorang
               1 kali minum petang, makan malam, sarapan & makan tengahari
               Jungle tracking

Pakej 2 - Dorm aircond RM50.00 seorang/ Khemah RM40.00 seorang
               1 kali minum petang, makan malam, minum malam, sarapan,
               minum pagi & makan tegahari
               Jungle tracking


Kemudahan dan aktiviti disediakan - percuma
surau, dewan, bilik air dan mandi, wakaf rehat & memasak, futsal pantai, bolatampar pantai, pukat pantai, mencari kepah, memancing dan macam2...

Harga makanan seorang :
Sarapan pagi - mee/beehoon/kueyteaw/nasi lemak/nasi goreng/lontong+telur+keropok+teh/kopi    RM 3.00
Makan tengahari - nasi putih+ayam/daging+sayur+sambal belacan+ulam+buah+air  RM 6.00
Minum petang - 2 jenis kuih+teh O/ kopi O  RM 2.00
Makan malam - nasi putih+ikan+sayur+sambal belacan+ulam+buah+air RM 6.00
Minum malam - bubur kacang/jagung/pengat+teh O / kopiO RM 2.00
BBQ - nasi goreng+sayur campur+ikan+sosej+buah+air   RM10.00
BBQ - nasi goreng+sayur campur+ikan+ayam+sosej+buah+ air RM15.00
BBQ - nasi goreng+sayur campur+ikan+ayam+sotong+sosej+buah+air RM20.00
BBQ - nasi goreng+sayur campur+ikan+ayam+sotong+udang+sosej+buah+air  RM25.00"


 diambil dari http://hasimlynx.vox.com/library/post/teluk-gorek-chalet-camp-site.html

5-6 September lepas aku ada pegi tempat seperti yg tertera untuk hiking kt gunung arong dekat-dekat situ. ktorng buat campsite kat tempat ni la. aku da pegi tempat ni 3 kali dan ak rasa agak sesuai untuk kita buat reunion kat sini. view agak superb, pantai boleh mandi, tandas, surau dan tempat tidur sangat proper. so, alang-alang aku pegi aritu aku da survey apa-apa yang patut la. so apa pendapat korang?



*semua gambar di atas ak ambil dari web tu. yang latest nnt aku update kemudian k. terima kasih :)


Friday, September 4, 2009

Bacathon?

"Pada 24 dan 25 Julai lalu Pusat Sumber Sekolah SMAP Labu telah mengadakan program NILAM iaitu Bacathon bagi pelajar-pelajar terpilih tingkatan 1, 2 dan 4. Pelajar dikehendaki membaca buku yang disediakan selama 24 jam bermula jam 12 tengah hari 24hb hingga 12 tengah hari keesokannya. Semua pelajar putera membaca di UTP manakala pelajar puteri di perpustakaan. Program ini telah dapat menggalakkan para pelajar untuk lebih minat membaca."
1st time aku dengar bacathon. macam kelakar plak. haha. Actually tiba-tiba rasa nak tengok web sekolah dan aktiviti yang ada. Bacathon ni macam menarik.Aku rasa program paling menarik di SMAP... Tai chi. haha. :D

Wednesday, September 2, 2009

banner?

Salam. Saya sedang mencari banner yang sesuai untuk blog ini. kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang. sila hubungi saya. syazwan, iqlima, zakirah. saya rasa kamu semua hebat. : )

Salam!

Selamat datang. Saya sedang mencari blogger untuk blog ini dan ajk untuk reunion akan datang. sesiapa yang berminat. boleh tinggalkan komen di sini atau hubungi saya. terima kasih.
 

Double8-Towards A Reunion Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez