Selamat membaca!

Tuesday, September 22, 2009

Entry di Hari Raya ke-3.

Di hari raya yang bosan ini. mari kita tengok satu gambar.


Arnab ni masih bertampal di almari buruk kt umah aku. tak tau kenapa tak de orang nak tanggalkan. maybe sebab masih cantik kot. haha. tak silap aku ni idea dari izzati.aha. ini adalah jadual bertugas kelas 5 merah 2005. sekian.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.



Program Hari Raya Double8 sila rujuk di sini: http://www.facebook.com/topic.php?uid=42228400674&topic=9894

*gambar lelaki belakang tu tiada kena mengena dengan sesiapa.

Saturday, September 19, 2009

Review: majlis perkahwinan cg. enny pada 29 mac 2008


SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU ENNY



Diambil dari: http://smaplabu.edu.my/

Bila bacth kita blah. ramai plak yg da kahwin. haish. kenape la gtu.

Thursday, September 17, 2009

Kisah Di Subuh Hari

Nukilan dari hati si sunyi, gundah gulana di malam hari. Tidurku tak keruan,sedarku tak bersinar. Bukannya sukar melafazkan kalimah cin... “Bai..bangun,Zulkep kat sebelah”. Suara halus juara Silat Malaysia menyedarkan aku dari mimpi Gay aku tu. Tak ganas langsung mimpi pasal cintan cintun. Apa barang. Tak true la, kata metalhead.

Sayup kedengaran suara Ketua Kumpulan Gagak Hitam ,mempunya kebolehan melompat pagar setinggi 5 meter, atau nama timangannya “Si Mulut Manis”, selepas kegebangan dia konon nak bawak student pergi Sarawak time form 2 dulu. Pedulikan. Bukan masa nak imbau kenangan lampau. Sambar gayung berisi alatan mensucikan diri ku jengah ke luar pintu bilik terbersih untuk 2 tahun. Bukan nak riak, tapi memang best dapat pergi Genting bila ada orang payung . Bilik lain menang pun paling jauh dapat pegi dusun, apa kes. Ternyata bilik mereka bersih tahap dusun je.

Selipar biru hot market cantik tersepit di belakang rak kasut.ku tarik perlahan.”BABI!..sebelah je ade?”bentak ku dalam hati. Usha bilik sebelah, ada selipar asadi warna biru, konon-konon tak jatuh bila pergi tandas. “kalau reti eja A B C..mesti tau A S A D I..ASADI!!”..tibe-tibe je iklan haram tu muncul.

Mula dengan langkah kanan,kalimah Maha Pencipta ku lafazkan. Semoga perjalanan ke tandas takkan ada halangan. Ye la, mana tau tiba-tiba tuan punya selipar tu jerit mintak selipar kan. Pegi mampos, taknak kasi orang pinjam pegi simpan bawah bantal ar.

Tandas da penuh. Yang gosok gigi, yang gosok mata, yang gosok hidung, tak lupa yang sedang khusyuk menggoreng, suma ada dalam tu. Satu pili air kelihatan suci tanda masih tiada orang yang guna. Berus gigi putih biru ku keluarkan dari gayung tanpa menoleh siapa kat sebelah selamba badak je rembat ubat gigi dia. Kata kawan-kawan, takkan nak berkira kan?.

Sambil khusyuk menggosok struktur kukuh di dalam mulut munggil aku, kedengaran suara si Polan memanggil si Palan. “Weh..ko ada shower foam tak?”soal si Polan. Bergegas si Palan masuk semula ke dalam. Selang beberapa saat, dia keluar dengan muka takde perasaan dia tu. “Tak boleh cabut ar!!”

Ahli jemaah ‘penggosok struktur kukuh dalam mulut’ kebingungan. “takleh cabut?”soal dalam hati masing2. Si Polan lontarkan soalan bernilai 500hengget kat si Palan. “huh?takleh cabut?amende yang takleh cabut?” sambil dia menggaru..errr...garu kepala. Pantas si Palan menjawab “Ni ha..shower foam ni ha..takleh cabut!ketat!”.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



3 saat yang sunyi............. .



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA..AKU MINTAK SHOWER FOAM AA!! BUKAN KEPALA SHOWER TU!!”


Pagi itu dalam kelas, topik Shower Foam lebih hangat dari kes Khir Toyo kasi penyapu kat kakitangan awam. Liputan meluas mengalahkan liputan Imam Kahar. Ternyata satu fenomena. Baru ku tahu, selama ni dia mandi tak pakai sabun, pakai kepala shower tu je gosok kat badan.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, September 16, 2009

Review: Guru-guru yang berpindah pada 2008

PERPINDAHAN DAN KEDATANGAN GURU-GURU BARU
Pada tahun 2008 menyaksikan perpindahan beberapa orang guru. Antaranya En. Khaliluddin berpindah ke Selangor, En. Mohd Saidi ke Kelantan, Cik Hjh. Latifah dan Cik Hjh. Rasidah melanjutkan pelajaran manakala Pn. Hanani mengikut suami melanjutkan pelajaran ke luar negara. Warga SMAP Labu mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru antaranya ialah En. Mat Yusof b. Abd. Rahman(PK HEM), Cik Hjh. Halidah bt Md Yunus(Sains & Matematik) dan Pn. Che Razimah bt Embong(Bahasa Arab).

Diambil dari: www.smaplabu.edu.my

lagi guru yang berpindah. ntah berapa sangat la yang tinggal. hurm. 

Tuesday, September 15, 2009

Satu cerita. Part 1

Di kala melihat semua orang sibuk pulang ke kampung halaman, teringat aku satu kisah yang masih segar dalam ingatan.

Sekumpulan remaja sekolah menengah terkinja-kinja usha line untuk memastikan mereka tidak diperhatikan. Pulang  awal ke kampung menjadi aktiviti mereka pada kali ini. Masing-masing dengan beg yang sarat dengan pakaian untuk dibawa pulang. Ada sahabat mereka yang kelihatan membawa beg yang memuatkan tuan empunya diri ada juga dengan beg troli dan beg sandang sahaja.

Berjalan, berhenti, berjalan laju sehingga ke padang di depan dewan sekolah. Suasana yang gelap gelita menerbitkan suasana yang seram dengan cerita-cerita hantu yang berlaku di dalam dewan sekolah. Masing-masing memberhentikan langkah tatkala hendak melalui jalan di tepi dewan itu. Seorang sahabat buat-buat berani supaya tidak melengahkan masa dengan memulakan langkah. Pabila terdengar bunyi objek jatuh, berlari tercungap-cungap mereka tanpa pandang ke belakang terus ke tepi pagar sekolah. Sedangkan hanyalah seekor kucing yang kelihatan menjatuhkan dulang berdekatan dengan kantin sekolah.

Mereka masih dalam keadaan bersemangat dan bertenaga walaupun kelihatan beberapa orang yang masih tercungap-cungap. Sekarang, mereka perlu lompat sebuah longkang yang agak lebar. "Korang, hati-hati weh. gelap ni, jangan salah lompat plak", kedengaran suara seorang sahabat memberi amaran. Dua orang sudah melepasi. longkang tersebut. Sampai giliran seorang sahabat yang kelihatan kurang yakin untuk lompat dengan beg troli di tangan. "weh, ko boleh lompat tak ni", tanya kawan yang sudah di seberang."Boleh-boleh", jawabnya dengan yakin. Beberapa pasang mata khusyuk melihat sahabat mereka yang sedikit lambat ini. Kawan mereka ini memulakan lompatan dengan beg memegang di tangan kirinya. Keadaan pada malam itu seperti berlaku sangat perlahan. Lompatan kawan mereka ini dapat dilihat dengan jelas di bawah sinaran bulan. Kebush! Sahabat ini tidak berjaya melepasi oleh kerana beg yang mungkin lebih berat darinya. longkang pada malam itu terdapat air yang mengalir perlahan dengan bau-bau yang sama dari dewan makan sekolah. kelihatan sahabat ini tersenyum memandang kawan-kawan di atas sedangkan mereka belum melepasi pintu pagar sekolah lagi!

"Eh ko ok tak? kaki sakit tak", laju soalan diajukan. "ok ok. air busuk dow." lega hati rakan-rakan mendengar sahabat mereka tidak berlaku apa-apa. kawan mereka yang sedikit basah di kaki beserta begnya ditolong mendaki longkang itu. Masing-masing membisik kecil bertanya mahu meneruskan perjalanan atau pulang ke asrama dek kerana rakan mereka yang busuk ini. "So, kite nak terus ke tak ni? Sorang da basah.", seorang rakan yang kelihatan seperti ketua delegasi mengajukan soalan. Masing-masing diam membisu sambil memikirkan pro dan kontra kerja gila mereka ini. Bunyi-bunyi cengkerik mengatasi nafas mereka yang penat."Terus je lah! ak ok.", tiba-tiba si basah bersuara. terkejut rakan-rakan lain yang baru ingin memberi idea untuk si dia pulang dulu ke asrama.

Bersambung :)

Monday, September 14, 2009

Review: Pn Ramiaida berpindah pada 6 Nov 2007

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU 2007









Jamuan akhir tahun kelab guru pada tahun ini telah diadakan di Hotel Allson Klana Seremban pada 6 November 2007 lalu. Di samping mengadakan jamuan pihak kelab guru juga meraikan guru-guru yang berpindah seperti Pn. Hjh. Zainun, Pn. Ramiaida dan En. Roslan. Antara aktiviti yang diadakan ialah cabutan bertuah, kuiz, cari barang misteri, jigsaw puzzle dan hadiah penghargaan kepada guru-guru.

Diambil dari  http://smaplabu.edu.my/


Macam biasa, 3 perkara aku masih ingat:
1) Beliau cantik. :D
2) cikgu kesayangan aizat.
3) anak-anak dia pun comel.

ape la yang penting2 ak ingat kan. haha
 

Double8-Towards A Reunion Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez